Siapa ada pengalaman muka penuh dengan jerawat???
Aku...
Ye aku...
Tak percaya boleh tanya kat adik beradik aku.
Juga boleh tanya kat manjers especially kathy and yana.
Dan juga boleh tanya readers lama...
Aku ingat lagi dulu, setiap kali nak post gambar kat blog mesti nak edit dulu kat photoshop, bahahaha...
Daripada bodoh photoshop jadi pandai la, sebab nak kaver jerawat punya pasal. =P
Lagipun dulu, blogger tak jumpa sangat. Jadi apaadahal menipu sikit konon flawless padahal berjerutu...

That time, confident level aku very low.
Yela, muka tak cantik. Banyak jerawat plak tu.
Jerawat aku pulak jenis yang kalau dah tumbuh tu tak reti nak surut. Dah la sekali tumbuh, amik ko memang batu! Kat dahi pulak jenis jerawat kecik kecik. Arghhhhhhhh stress...
Pernah sekali, jerawat keluar kat pipi. Jenis nanah berkumpul kat dalam. Mula mula kecik, lama-lama besar. Takde mata. Macam mana nak picit. Ok takpe, biarkan ajer dalam hati. Sebulan, dua bulan masih disitu. Last last aku geram aku amik pisau toreh, terpancut pancut nanah keluar. Puas hati.
Cuma yang syukur alhamdulillahnya, kulit muka aku ni tak tinggal parut.
Ni kalau tinggal parut, memang sedehhh la.
So solution dulu, aku pi jumpa doc kulit.
Mintak pendapat...
Sekali pergi habis rm400
Pernah sekali, habis rm500
Dah la time tu gaji kecik. Memang terasa la kalau sebulan 500 untuk muka jer...
Doc situ sajes aku pakai cetaphil.
So ini la dia pencuci muka yang banyak berjasa.
Dari aku berjerawat sampai la muka aku dah licin. Semua cetaphil punya jasa.
So aku memang tak ragu ragu untuk sajes korang guna produk dari cetaphil. Serius bagus. Sangat sangat bagus...
Memang jadi kepercayaan doctor 100%
Ko try pergi mana doc pun. Mesti dorang sajes pakai cetaphil sebab cetaphil ni No.1 brand recommended by dermatologists
Jap aku share komen dari instagram bila aku post gambar cetaphil.


Harap komen yang kecik tu korang boleh baca.
See, ramai yang setuju cetaphil ni bagus... Dari budak kecik seusia newborn, sampai la orang tua boleh guna cetaphil. Cuma yang aku baru tahu, boleh pakai satu badan. Hahaha.. aku ingat pakai kat muka ajer. Rupanya satu badan boleh pakai. So kalau anak ko mengalami kulit kering ko pakai gentle skin cleanser. Buat macam sabun. Sapu satu badan, lepas tu bilas. Insy nanti kulit anak tak kering dah...
Semua types of skin boleh pakai.
Bukan saja yang bermasalah macam muka aku dulu. Muka dan licin pun memang patut sambung pakai cetaphil.
Actually banyak. Ada lebih kurang 10 macam tu.
Ni aku tunjuk 6 saja...
Paling best yang gentle skin cleanser la. Mungkin sebab itu yang aku pakai. Jadi itu la yang paling aku confident nak cerita. Tapi lotion dari cetaphil ni pun bagus. Bila pakai rasa lembut terus tangan.
Menangis adik badik aku pegang tangan aku pasnie, haha...
Memang pakai takkan ada buih-buih punya.
Bau pun takde.
Paling best, boleh cuci tanpa menggunakan air.
Ko pernah jumpa pencuci muka boleh cuci tanpa air?
Takde kan???
Semua nak kena ada air, sebab nanti mata pedih.
Ini ko cuci kat muka, takda air pun takpe. Just lap dengan tisu...

Kulit aku sebelum guna cetaphil.
Normal adalah 45.
Jadi kulitku di bawah normal. Sobs... Nampak nau kulit kering...
Lepas sapu dengan cetaphil. Terus jadi 56.6%
Lepas ni kena guna cetaphil dengan kerap...
Yunnan tu pun aku nak mandikan dia dengan cetaphil.
Eh keisha pun aku nak pakaikan dia cetaphil.
Better dari kecik kita jaga kulit dia, baru la kulit dorang sentiasa muda je wpon usia dah meningkat.
Kalau muka berminyak, boleh try guna Oily skin cleanser.
Tapi yang ni tak boleh pakai satu badan. Yang ni cuma boleh pakai kat muka, leher dan dada sahaja...
Sunblock dia pun macam best.
Sebab UVA/UVB protection dia sampai 28 kali...
Best best...
Mana nak cari cetaphil???
Kat semua farmasi ada, watson and guardian pun ada. Tak silap aku, cetaphil tengah ada diskaun. Boleh la beli banyak-banyak buat stok. WohOooooo....
Love: Ceera =P
No comments:
Post a Comment